Friday, December 10, 2010

BUKU promo: Cebisan Hati Manusia

Buku terbaru karangan Ibnu Ir. Fadzil. Harga RM18.00.

info:
Setiap manusia mempunyai hati tetapi sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri. Maka sedikit pula yang tahu untuk mengubati hatinya sendiri dan ramai yang tidak tahu.

Ramai yang tidak menyedari bahawa makhluk yang bernama hati inilah yang menghala tubuh manusia samada ke syurga ataupun neraka. Ia jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas atau riak semata-mata.

Setiap manusia mempunyai hati yang memandu mereka menuju ke arah dua lorong, sama ada baik, mahupun buruk. Apabila kita berfikir tentang diri kita sendiri, kita akan dapati bahawa di satu ketika, kita berkeinginan untuk melakukan kebaikan, dan satu ketika yang lain, adalah sebaliknya.


Sudah pasti, itulah peranan hati yang menjadi pemandu untuk diri seseorang tersebut. Oleh itu, bagaimanakah ingin menjadikan hati anda umpama seorang pemandu yang berhemat? Penulisan ringkas ini menceritakan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment

orang membebel...