Showing posts with label pe citer?. Show all posts
Showing posts with label pe citer?. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

I WANT TO TOUCH A POOP!



Selepas event pegang-memegang anjing tu.. lepas ni bleh buat event yg ni plak. Sebab sama jek status dier (najis).. cuma event yg ni senang sket tak payah samak pon. Amacam... ada bran?!

Wednesday, June 11, 2014

10 SEBAB KENAPA AKU MENYESAL BELAJAR GRAPHIC DESIGN

10 tahun dalam dunia Graphic Design, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu graphic, layout, advertising, interactive, illustration, photoshop, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri graphic tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Massimo Vignelli, Andy Warhol, Wim Crouwel dan Erik Spiekermann.

Pengalaman mengajar aku pahit manis industri Graphic Design, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 80an dan awal 90an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai graphic designer di salah sebuah syarikat design kecil di sekitar Kelana Jaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.

3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.

Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.

Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance designer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)
Keadaan ini telah menyebabkan industri graphic design negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat logo company, offer aku RM50. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja designer kerja mudah.
Anda semua ingat senang ke nak edit-edit imej? Atau susun typeface? Untuk menyiapkan satu layout yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses sketching dan brainstorming. Bagi mereka mudah sahaja, “edit-edit gambar je.” “ala, kerja korang lukis-lukis je, senang la.” “susun-susun gambar ngan text aku pun boleh, pakai words je.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Fine Art lagi masyuk dari graphic design.
Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan rakan-rakan seperjuangan, menempa nama dalam industri seni halus negara kita. Seorang demi seorang muncul dalam exhibition-exhibition artis muda, interview, masuk paper dan TV. Ex student graphic design? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, join industri F&B pun ada. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.
Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri graphic design. Aku pernah jumpa advertising jual DVD tutorial photoshop, produk tempatan, dimana nilai sekeping DVD tutorial hanya sekitar puluhan ringgit.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia graphic design, dan mengambil masa hampir sepuluh tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat graphic design.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun design ni?”
Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”
Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international design. Untuk bersaing dengan industri graphic design dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Orang kita terlalu sensitif.
Masih ingat iklan raya ala-ala santa claus yang pernah disiar di TV3 sekejap, sebelum kena ban? Iklan pakcik naik beca terbang, bawak budak-budak pusing-pusing satu Malaysia.

Pada pendapat aku, takde pun benda-benda yang boleh merosakkan atau memesongkan akidah umat Islam dalam video tu. Apa yang bertentang dengan agama? Pakcik tu kutuk Tuhan ke? Kutuk Islam? Kutuk nabi? Dia tak pakai pun suit santa claus, ada usung salib ke?

Nampak tak mentaliti orang kita? Cepat gelabah, lebih-lebih lagi hal agama. Kalau kita tengok iklan tu betul-betul, memang kuat mesej 1Malaysia yang cuba ditonjolkan. Point utama aku disini, orang kita masih di belakang, semua benda boleh dipolitikkan, sengaja untuk bersikap over sensitif, dan cenderung melihat perkara yang negatif dalam sesuatu mesej. Benci, benci (sambil ketuk meja dengan suara manja).


Penulis kali ini ialah Mohd Rizal Ramli. Seorang pemikir yang jauh ke depan, hustler, indie film-maker dan orang paling tabah kami pernah jumpa. Ketika artikel ini selesai ditulis, surat peletakan jawatan beliau masih lagi panas di meja bos. Never give up to chase your dream, brother. Dah halfway dah pun. 




cenohot: "pffttt.... aku pon terpikir bende yg sama!!" 


Thursday, February 21, 2013

kena carik makanan "asasi" lain laa camni !!


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


kopipes dr http://hakaluka.blogspot.com


Wednesday, December 12, 2012

biler Masterchef musim baru nk kuar?



baru2 ni dpt peluang berjumpa ngan Chef Ado. mmg seronok laa, sbb slama ni dok tgk dier kt dlm tv jek dan pulak siri Masterchef Malaysia adalah salah satu siri tv yg aku mmg tak pernah miss utk tonton sbb kalu nk compare ngan realiti show yg ada kt Mesia ni mmg buang masa jek tgk!

Lagi satu sbb kenapa aku suka tgk Masterchef ni, sekurang2 nya dpt ler ilmu sket dlm bab masakan ni(walaupon aku tak pandai masak... pandai makan jek) dan satu lagik bile tonton siri ni leh menaikkan selera makan, even time makan megi waktu tonton siri ni pon leh terasa cam makan wellington steak!! hahaha.. hebatkan!

Skang ni season 2 dh abis, maybe pasni kuar Masterchef Selebriti musim ke-2 plak kot, sementara tu aku donlod laa Masterchef USA,  layan US nye masterchef plak.. mmg brutal laa siri USA nye, maklum laa salah sorang juri dier Gordon Ramsey, mmg byk kuar F word laa.. hehe. tp US punye siri kejab jek, dlm 20 episod dh abis klu nk compare ngan Mesia nye 70+ ep. Pepe pon aku akan tunggu siri yg seterusnye...



Saturday, November 24, 2012

ucap "BISMILLAH" ketika buat pertaruhan judi

aku bukan minat sgt tgk citer ni.. tp aritu tertengok plak, ader 2 peserta ni, islam & bertudung.. setahu aku, sblm ni ader ustaz ckp menyertai 1mil money drop ni leh jatuh HARAM!! yang sedihnye bile peserta ni siap ucap Bismillah bile nak taruhkan duit tu.. ishh.. ishh, akak oii, perbuatan tu sama laa cam ucap bismillah mase tulih nombor ekoq. kena 2x haram laa.. 1 main bende yg haram, 2 ucap nama Allah ketika nk buat benda haram.. adoyaii!!


Tuesday, October 16, 2012

40 years of marriage..



A married couple in their early 60s was celebrating their 40th wedding anniversary in a quiet, romantic little restaurant.

Suddenly, a tiny yet beautiful fairy appeared on their table. She said, 'For being such an exemplary married couple and for being loving to each other for all this time, I will grant you each a wish.'

The wife answered, 'Oh, I want to travel around the world with my darling husband.

The fairy waved her magic wand and - poof! - two tickets for the Queen Mary II appeared in her hands.

The husband thought for a moment: 'Well, this is all very romantic, but an opportunity like this will never come again. I'm sorry my love, but my wish is to have a wife 30 years younger than me.

The wife, and the fairy, were deeply disappointed, but a wish is a wish.

So the fairy waved her magic wand and poof!...the husband became 92 years old.



The moral of this story: Men who are ungrateful bastards should remember fairies are female.....

Tuesday, September 11, 2012

ada kena mengena ngan korang tak?

aku dpt gambo ni dr FB... cehhh, sama dowh! klu tambah lg 10 thn pon sama gak!! hahaha


Thursday, April 5, 2012

Aku sudah tidak dalam KEGELAPAN...

Tadik gi shopping kat IKEA.. terjumpa satu bende ni, cam menarik. aku pon belek-belek laa, rupe cam torch light tp ader pemulas plak.. tgk description, hmmm.. "Handmade light". Haaaa.. aku mmg minat bende2 pelik camni, dlu skalik penah simpan torchlite tanpa bateri gak, tp jenis kena goncang2 utk recharge power, skang ni main pulas2 plak ek.. hehe. Harganya RM15.90




Thursday, January 19, 2012

Alangkah baiknya ...

Baru2 ni aku terdengo satu segmen dr Ustazah Noor Bahyah kt radio SURIAfm yg aku rasa cam nk share ngan korang. Cenggini citer nyee.. cer citer… cer citer!

Ada sorang lelaki ni yg sedang nazak nk meninggal, sambil dier menyebut:
"Alangkah baiknya kalau SEMUA, Alangkah baiknya kalau BANYAK, Alangkah baiknya kalau BARU."

So.. sahabat pon bertanya pada Nabi SAW, apa yg dimaksudkan oleh lelaki yg nazak tu.
Nabi SAW menerangkan kpd sahabat bahawa Allah SWT telah menunjukkan kpd lelaki tersebut ganjaran atas segala amalannya yg ikhlas kpd Allah disaat kematiannya.

Yg dimaksudkan 'Alangkah baiknya kalau semua' ialah ketika lelaki tadi mahu makan sekeping roti, datang seorang fakir meminta makanan kpd beliau. Lantas lelaki tadi memberikan separuh roti kpd fakir tersebut dengan ikhlas kpd Allah dan disaat kematiannya Allah menunjukkan ganjaran dr separuh roti yg diberikan kpd fakir tadi, dan kerana itulah lelaki tadi menyebut "Alangkah baiknya kalau SEMUA", bermaksud Alangkah baiknya kalau SEMUA roti itu diberikan kpd fakir tersebut!

Yg kedua pula, ketika lelaki tadi berjalan kaki mahu ke masjid, dier ternampak seorang tua jalan terbongkok2. lalu lelaki tadi memimpin tangan orang tua itu menuju ke masjid lalu mengajak orang tua itu berjemaah bersama. Tapi orang tua tadi mengatakan bahawa dier bukanlah Islam. Lalu lelaki tadi terus saja masuk ke masjid & menunaikan solat. Disaat kematiannya Allah menunjukkan ganjaran dari perbuatannya membantu org tua tersebut, dan dier mengucapkan Alangkah baiknya kalau BANYAK yg bermaksud Alangkah baiknya kalau lebih banyak tangan yg di'pimpin'.

Yg ketiga, ketika lelaki tadi berjalan2 dibandar, datang seorang lelaki miskin meminta pakaian kepadanya akibat kesejukan. Kebetulan akibat cuaca yg sejuk, lelaki ini memakai 2 lapis pakaian, dia pun membuka pakaian luarnya yg baru dan memberikan pakaian dalamnya yg lama kepada lelaki miskin ini sambil menyarungkan kembali pakaian baru ke tubuhnya. Di saat kematiannye dier mengucapkan Alangkah baiknya kalau baru bermaksud, Alangkah baiknya kalau baju BARU yg diberikan kepada lelaki miskin itu.

Camtulah citernye, agak2 kalau ada tersalah fakta mintak tolong perbetulkan lee, maklum ler dengo radio sambil memandu, xde ler concentrate sgt, tp lebih kurang camni le citernya.

Agak2 korang ader pengalaman tak spt kejadian diatas? sanggupkah korang kalau ader tinggal sekeping note RM50.00 dlm wallet dan itulah satu2nya duit yg tinggal padahal baru 15hb, dan kemudian datang sorang peminta sedekah kpd korang.. sanggup korang bagi RM50 tu?? "ataupun korang cakap kt peminta sedekah tu, saya nk kasi RM10 jek, awak pulangkan belen lagik RM40 bleh?!"  Hmmmm.. renung2kan dan selamat beramalllll.













Thursday, September 22, 2011

BIZI..

haha.. giler lama x updet blog. skang ni x "berkesempatan" nk berblogging keee updet status fb kee (dok ushar cam gitu2 jer lee). tgh nk propose layout utk majalah baru. Majalah yg berkonsepkan soaljawab agama. kalu dh siap nti, aku cubo post ek.

Monday, May 23, 2011

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe



Perhh.. nampok sedapkan kek2 yg kt atas tu? korang penah makan ke kek2 tu?
baru2 ni aku dpt ler dr emel laa, FB laa pasal ader DNA BABI dlm pembuatan produk kt Secret Recipe (SR) ni. Aku ni bukan le selalu sgt makan kt kedai2 camni, cuma sbb aritu baruuuu jek makan kt sini, tu rasa terkilan sgt tu! Walaupon ader satu atau dua jek produk yg kena efek babi tu, korang tergamak ke nk makan lg kt kedai ni pasnie?!.. tu ler persoalannya, sama macam korang order SEAFOOD Tomyam kt kedai Bak Kut Teh laaa... ada berani?!

ni aku pastekan entry dr PPIM:

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011



Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.



Wednesday, April 13, 2011

Anak suka menipu: Cara Penyelesaiannya.

Aritu ternmpk satu artikel menarik ttg anak2. so.. aku pon copy paste jek le... since skang ni tgh bz giler ngan keje & Pesta Buku pon dh dekat. Pepe pon harap artikel ni dpt memberi manfaat kpd semua. InsyaAllah...

Bendung Sikap Anak Suka Menipu
Ibu bapa, rakan dan persekitaran dorong kanak-kanak berbohong
Oleh: Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my)

WALAUPUN anda biasa bertemu dengan kanak-kanak yang suka menipu, tetapi kecenderungan itu sebenarnya tidak normal. Ia sikap yang tidak baik dan jika dibiarkan boleh terbawa-bawa hingga dewasa.Ada banyak perkara menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, dia melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa. Justeru, bagi mengelak dimarahi, kanak-kanak lebih rela menipu. Kanak-kanak membentuk sikap dan peribadinya menerusi pemerhatian. Kadangkala kanak-kanak menipu kerana pengaruh kawasan atau suasana dia dibesarkan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Md Noor, berkata sikap ibu bapa yang banyak memberi jawapan ‘tidak’ kepada setiap permintaan anak tanpa memberi alasan logik menyebabkan kanak-kanak suka menipu.“Mungkin mereka tidak faham mengapa ibu bapa menolak permintaan mereka. Justeru, mereka lebih teruja untuk terus melakukan perkara yang dilarang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kadangkala ibu bapa memberi alasan yang mudah, misalnya jangan makan ais krim nanti demam. Jawapan itu terlalu mudah dan tidak jelas.“Mungkin ibu bapa boleh kata, tidak boleh makan ais krim kerana proses membuatnya kotor atau tidak menggunakan air yang dimasak,” katanya.Dr Mariani berkata, setiap alasan itu mesti rasional dan berdasarkan kefahaman kanak-kanak selain keupayaan dia berfikir. Jangan memberi alasan yang dia tidak faham.

Selain itu, arahan ibu bapa yang tidak konsisten juga menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, ibu bapa melarang dia merokok atau menonton televisyen hingga larut malam, sebaliknya ibu bapa pula yang merokok. Dalam konteks ini anak mudah keliru.Dr Mariani berkata, anak juga memerhati sikap adik beradik yang lebih tua. Mungkin abang dan kakaknya dapat mencapai sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa. Jadi dia pun turut terpengaruh.Contoh mudah, ibu bapa mungkin tidak membenarkan anak bermain di jalan raya tetapi apabila ibu bapa keluar bekerja, mereka bermain juga di jalan raya.

“Pada kanak-kanak, menipu bukan sesuatu yang salah, sebaliknya mereka merasakan ia sebagai cara untuk memenuhi keinginan,” katanya.Dr Mariani berkata, selain suasana di rumah, persekitaran di sekolah juga menggalakkan kanak-kanak menipu kerana terikut-ikut dengan kawan.

“Kanak-kanak belajar daripada proses peniruan. Mereka memiliki ‘absorb mind’, apa yang dilihatnya waktu kecil dan sepanjang proses pembesarannya. Ada sebahagian memori itu kekal dalam ingatannya untuk tempoh panjang. Pada waktu dan konteks yang sesuai, kanak-kanak akan menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata, menipu harus dibezakan dengan berdalih. Berdalih atau beralasan selalunya membabitkan perkara yang munasabah dan boleh diterima akal. Bagaimanapun, menipu bermaksud mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Sebagai ibu bapa, anda perlu dekati dan kenal pasti punca anak suka berbohong. Bagaimanapun, jangan dekati anak dengan cara yang keras jauh sekali mengugut.Mungkin anda terlalu marah dan menengking anak anda. Beri tahu mama kenapa abang tipu? Anak tidak akan memberitahu anda apa-apa. Bila anda ugut, cakap cepat kalau tidak ayah rotan, anak langsung tidak akan memberitahu anda apa-apapun,” katanya.

Justeru, Dr Mariani berkata, dekati anak dengan lembut dan cuba cungkil rahsianya dengan cara bercerita mengapa dia menipu.

“Kanak-kanak suka bercerita. Melalui cerita dia mudah meluahkan perasaannya. Dalam konteks ini, ibu bapa sepatutnya bersikap ‘autoritatif’ bukan ‘autoritarian,’,” katanya.

Bagaimanapun, jika sikap anak yang suka menipu itu terbawa-bawa hingga awal remaja dan keterlaluan, dia perlu dirujuk kepada kaunselor.“Ibu bapa perlu peka pada perubahan anak. Jangan hanya memberi keperluan material saja sebaliknya psikologi dan sikap ambil tahu amat penting. Sikap suka menipu mesti dibendung kerana jika tidak ditegur kanak-kanak akan berasa dia betul,” katanya.

Katanya, secara umum, kanak-kanak mula menipu apabila usianya menjangkau lima tahun. Ketika itu, dia sudah boleh berfikir secara simbolik dan logik. Kadangkala ada juga kanak-kanak menipu apabila mula bersekolah dan bergaul dengan rakan sebaya.

Dr Mariani berkata, proses perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Daripada kosong hingga dua tahun (zaman awal kanak-kanak), dua hingga enam tahun (zaman kanak-kanak pertengahan) dan daripada enam hingga 11 tahun (zaman kanak-kanak akhir).Pada setiap peringkat usia, banyak pengalaman dan pemerhatian yang dikutip dan disimpan. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka banyak belajar daripada pemerhatian dan mula berinisiatif sendiri.Pada zaman kanak-kanak pertengahan, mereka mula menunjukkan sikap suka bersaing antara rakan sebaya dan selalu mahu menang. Justeru, jika kalah, dia mula berasa rendah diri dan akan berbuat sesuatu yang lebih baik untuk menang sekali gus mungkin menipu.

Sebagai contoh mungkin anda pernah mendengar perbualan kanak-kanak yang membanding-bandingkan siapa lebih hebat.

“Misalnya, saya ada banyak kereta mainan. Dibalas pula oleh kawannya saya lagi banyak. Bagaimanapun, kadangkala anak itu tiada kereta mainan pun.

“Ibu bapa mungkin hanya kenal anaknya sebagai anak tetapi tidak mengenalinya sebagai rakan atau remaja. Justeru, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai perkembangan anak. Jika anak suka menipu tanya diri sendiri di mana silapnya didikan yang diberikan. Mungkin ibu bapa terlalu garang atau terlalu berlembut.

“Atau jika bukan ibu bapa puncanya, ambil tahu kawan-kawannya. Mungkin pergaulan dengan kawan-kawan seusia yang membuat dia menipu,” katanya.

Dr Mariani berkata, ibu bapa boleh mengetahui sama ada anak menipu tidak menerusi gerak gerinya. Apabila menipu, sikapnya akan berubah. Misalnya, dia kerap meminta wang membeli alat tulis tetapi alat tulisnya sentiasa ada dan anda membeli stok yang banyak.

FAKTA: Mengenai Menipu

  • Kanak-kanak kecil tidak faham apa itu menipu.
  • Apabila mula bersekolah, mereka mula memahami konsep betul dan salah atau adil.
  • Kanak-kanak menipu kerana mahu sentiasa menang.
  • Selalunya apabila semakin dewasa, dia akan meninggalkan tabiat menipu.

Mengapa kanak-kanak menipu?

  • Untuk mendapat perhatian ibu bapa
  • Kurang komunikasi
  • Kurang kasih sayang
  • Kurang pengiktirafan daripada ibu bapa
  • Kurang penghargaan
  • Kurang belaian
  • Mengapa kemenangan sentiasa penting pada kanak-kanak?

  • Kemenangan membuatkan mereka sentiasa ‘penting’ dan paling bagus antara rakan sebayanya.
  • Ada kala kanak-kanak sukar untuk berdepan dengan kekalahan.
  • Jika kanak-kanak tiada jati diri atau tertekan kerana apa saja sebab, kemenangan menyebabkan mereka berasa selesa.
  • Apa yang ibu bapa boleh buat jika anak menipu

  • Beritahu dia apa yang dimaksudkan dengan menipu. Kanak-kanak kecil tidak faham dan tidak tahu menipu itu satu kesalahan. Bagaimanapun, apabila dia mula bersekolah, dia akan lebih mengetahui konsep betul, salah dan adil. Justeru, dia lebih memahami mengapa menipu itu satu kesalahan.
  • Cari punca mengapa dia menipu. Mungkin ada perkara yang membuat dia tertekan hingga terpaksa menipu.
  • Kanak-kanak bukanlah jahat jika dia menipu sebaliknya beritahu dia anda kecewa dengan sikapnya itu tetapi masih sayangkan dia. Bagaimanapun, anda masih di sisinya untuk membantu.
  • Berikan contoh terbaik. Jika mendidik anak menonton televisyen hingga larut malam itu tidak elok, anda juga jangan lakukan.
  • Bincang dengannya tekanan yang dihadapi sesama rakan sebaya. Mungkin persaingan sesama mereka membuatkan dia tertekan dan menipu.
  • Wednesday, March 9, 2011

    Dr. M kata melayu mudah lupa.. aiseh, lupa renew lesen aaa!!

    Demm.. pagi tadik baru teringat, lesen memandu kiok 7/3/2011. Dengan pantas aku terus menuju ke Pos Ofis kt TTDI. aku parking tanpa membayar meter (sbb mesin kupon jauh sgt), dr kejauhan aku nmpk posoffice sesak tuu! arghh.. bala le ni.

    Tekan mesin nombor "Huruf A" dier tulih situ utk urusan JPJ etc.. Tiitt bunyinya bile aku tekan… Mak oiii.. nombor 1068 drpd 1018..cehh! 50 org lagik tu bai !! silap2 kena bermastautin aku dlm pos opis ni!!

    Skalik ternmpk satu kenyataan kt depan kaunter. "Tekan A utk membayar saman" "Tekan B utk pelbagai" "Tekan C utk urusan poslaju etc". Pastu aku terpikir, aku nk renew lesen.. so, maknanya pelbagai lee kan.. kan?? aku pon try tekan B. Tiitt… bunyi mesin tu lagik skalik. Haaa… Yesss Yess! lagik 4 org smpi turn aku.. hehe, dengan bangganye aku pon menyanyikan lagu Maher Zain yg bertajuk "Thank You Allah" di khalayak ramai tu.. ahaks!

    Disebabkan terlalu khusyuk nyanyi, aku tak pasan budak kaunter tu tanya nak renew baper taun.. or sebab budak tu jantan, kurang sket amik perhatian.. pastu aku cakap "Setaun jek". bajet kureng laa nk renew banyak taun (ni aku ckp lam ati jek). selepas 1.78 min kemudian, siap le lesen memandu aku dan selepas nie bley le aku memandu tanpa rasa was-was kerana dengan itu juga menunjukkan aku xde saman tertunggak.. hehe. wassalam.


    Thursday, February 10, 2011

    Chakra dah abis ni…!!

    Baru jek settle majalah.. masuk plak buku.. ermm, non-stop nampakkk! job Tabung Haji pon x settle lagik, klu final tu nk kena touch-up dekat seribu gambar! mak oiii… nk buat cover buku utk client luar pon ader 2-3 bijik gak ni.. adusss, rasa cam nk CUTI aaa. lepaks2 di pasir & pantai or buat terjun tiruk & kuak lentang kt swimming pool hotel pon nyaman gak!! nak kena kumpul chakra balik ni, aritu punya chakra byk abis masa buat majalah yg gilernyee rushing! kalu xde chakra camner nk buat jutsu Sharingan!! Arrghhh...

    Wednesday, January 26, 2011

    Bas untuk WANITA

    Citer pasal bas ni, terkenang zaman silam dlu, waktu berebut2 naik bas mini pegi & balik keje! perhh.. serik beb! bersesak2 padat macam tin sardin, kalu pepagi nk ke opis OK le lagik sbb sume org tgh wangi.. time balik keje tgk camner!! bau lagik teruk dr longkang!! kadang2 biler tgh bersesak2 tu tiba2 terdengo suara org pompuan menjerit.. hmmm, sah kena raba tu! tapi bukan le aku yg meraba.. terniat pon tak penah, cuma bile dh padat sgt, kadang2 tersentuh ler gak apa2 mende yg tak patut disentuh, kadang tu sampai nk berlaga hidung, silap2 klu drebar buat emergency break, boleh terrrrcomolot jadinye!

    ader kes pulak sorang awek membelakangi aku time bas tgh padat.. yg drebar plak suh himpit blakang lagik sbb nk kasi org lain masuk.. dlm keadaan yg sedemikian maka melekaplah part blakang awek yg gebu ngan anggota tubuh aku yg berada dibawah paras pinggang! siott!, naik bas bergoyang2.. boleh 'silap parking' tuuu!! tp bile awek tu nk turun, dier leh pandang aku sambil tersipu2.. ceh, aku le yg jadi mangsa gangguan sex camni. sib baik awek cun, kalu "sekali eni daaa…" (dialog Pendekar Bujang Lapok) tak ke haruu.

    so..last year, terdengo pasal RapidKL nk buat bas khusus utk wanita saja.. aku mmg sokong ler cadangan ni, walaupon aku dh tak naik bas since 1997 sampai ler skang..

    camner rupa bas utk wanita tu ek? ader beza ker ngan bas biasa..
    so.. gambo diatas adalah gambaran pembelog!

    Wednesday, January 19, 2011

    Batu terapung

    Ni gambo batu yg dikatakan nak ikut Nabi SAW naik ke langit sewaktu Isra' & Mikraj. Gambar ni aku amik masa singgah solat Maghrib kt masjid area Cheras. Aku tak pasti samada gambo ni real or tak, sbb tak penah tgk real depan mata. So... sesapa yg tau info lanjut ttg batu ni leh kasi pengesahan sket.


    txt pada gambar
    * Sampai sekarang Masjid Dome of Rock ditutup untuk umum dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah"emas" (yg sering terlihat di poster-poster yang disebarkan ke seluruh dunia dimana-mana) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui umat Islam dimana Masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru'.

    Saat ini masjid Al Aqsa yang sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan rencananya mahu dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadat mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan.


    Monday, December 13, 2010

    What’s New in Firefox 4 beta



    click image to download

    As well as these features from previous Firefox 4 Betas:

    • You can search for and switch to already open tabs in the Smart Location Bar
    • New Addons Manager and extension management API (UI will be changed before final release)
    • Significant API improvements are available for JS-ctypes, a foreign function interface for extensions.
    • The stop and reload buttons have been merged into a single button on Windows, Mac and Linux.
    • The Bookmarks Toolbar has been replaced with a Bookmarks Button by default (you can switch it back if you'd like).
    • Crash protection for Windows, Linux, and Mac when there is a crash in the Adobe Flash, Apple Quicktime or Microsoft Silverlight plugins.
    • CSS Transitions are partially supported.
    • Full WebGL support is included but disabled by default at this time.
    • Core Animation rendering model for plugins on Mac OS X. Plugins which also support this rendering model can now draw faster and more efficiently.
    • Native support for the HD HTML5 WebM video format.
    • An experimental Direct2D rendering backend is available on Windows, turned off by default.
    • Web developers can use Websockets for a low complexity, low latency, bidirectional communications API.
    • Web developers can update the URL field without reloading the page using HTML History APIs.
    • More responsive page rendering using lazy frame construction.
    • Link history lookup is done asynchronously to provide better responsiveness during pageload.
    • CSS :visited selectors have been changed to block websites from being able to check a user's browsing history.
    • New HTML5 parser.
    • Support for more HTML5 form controls.

    Developers can find out about all the changes and new features at the Mozilla Developer Center.

    Thursday, November 25, 2010

    Mr. Mama case #2

    Perhh.. penat giler arini! pagi tadik pegi majlis Little Ihtifal 2010 Genius Aulad kat Masjid Wilayah, malam tadik pon tido lewat sbb buat keje2 opis ni yang mata berat jek! Majlis abis kol 12pm, gi makan KFC then anto 'mem' gi opis. Balik umah ingt nak lelap jab.. bru jek nk pejam, anak nk susu ler plak! skalik air panas lom masak.. adusss. gi ler masak air kejab. pastu suh budak2 ni naik atas men game, aku pon baring ler sat, xleh nk tido pon.. tp badan rasa letih sgt ler plak. pastu baru teringat lom pekena ubat kuat lagik!!

    Tadaaaa.. lepas kena pil ni. rasa ok ler sket. berstamina ler balik.

    Next, sidai baju.. basuh pinggan, cuci balang air minum (punya ler byk semut lam balang tu! padan ler asik jd pelupa jek), cuci filter penapis air (klu x cuti mmg tak bercuci ler menatang ni), sapu/kemas umah sket2, nak cuci baju (ermm.. x yah ler, baju lom byk lg lam mesin), sambung buat keje opis balik.

    ni beberapa foto anak aku masa majlis ihtifal pagi tadik.



    klik foto

    Tuesday, November 23, 2010

    Mr. Mama case #1

    Adusss... maid aku dh balik kampong ler plak sebulan! aku kena jd Mr. Mama ler sbb wife aku punya cuti pon dh abis! syok gak cuti seminggu dok umah jek! tp bukan dok rilek aaaa...

    Apa daaaa... sendiri berak pon mau tutup idong ka?! kahkah...

    Time ni Irfan 'melabur'. Tak sampai 20 saat aku letakkan dier atas jamban.. dier dh kata "DAH!!"... Aik! cepatnye, aku pon suh ler lepaskan abis2. Tiba2 dier kata "Dah abis 'peluru' dah!!" Haha.. sapo ler ngajo dier cakap camtu.

    Pagi tu aku bawak bebudak ni pegi Toys 'R' Us.. rasuah sket lee, sbb kalu perangai kt umah diluar kawalan, leh bangkit isu belikan mainan.. sbb klu tak dok diam, pasni x nak beli mainan lg.. hehe! (sib baik kakak dorang dok Bentong, klu idakk.. rabak poket beb!)

    Arini ari kedua aku dok umah.. pagi td pas anto wife gi opis, aku gi jogging.. dh lama tak jogging, nak tercabut lutut rasanye. 1/2 jam lari.. pastu balik umah, kang lari lama2 takot esok xleh bangun kang .. naya jek! sampai umah mandikan anak2, pastu aku sidai kain yg aku basuh mlm td (cewahh!!) sib baik washing machine fully auto.. teeekann jek!! hehe

    Salah satu aktiviti yg leh buat dorang ni dok diam sket.. tapi kadang2 bergaduh gak, sbb klu main game fighting, bila kalah jek dh nk mengamuk! especially si kecik tu!

    Bakul clearrr... takat basuh baju, sidai baju, sapu & kemas umah sket2 bleh aaaa.. yg lelain tu kena tunggu 'MEM' balik opis aaa.. hehe

    Oraitt... time tu work! Ehh... bebudak lom bekfast aaa! lupo plak.. ermm, kita sumer BRANCH (bekfes+lunch) jer lee.. sonang kojo! x yah byk kali basuh pinggan.. ahaks!

    Wednesday, November 3, 2010

    mampukah aku menjadi 'MAT REMPIT'

    Sejak akhir2 ni aku rase cam nak jadik Mat Rempit laa.. tatau ler apsal, maybe pengaruh dr member2 kot ataupun sbb aku dh bosan drive kreta & tersangkut dlm traffic jem 2-3 jam ataupun sbb seronok tengok bikers2 konvoi ramai2 jalan2 satu Mesia! ataupun sebab umo dh nak dekat 40, orang kata "life begin at 40" kire nk tuko selera ler sket naik moto! ataupun senang bawak moto gi masjid kalu bawak kreta susah nk carik paking (ceh alasan!!)

    pepe pon.. mampukah aku?!!


    ER6f: aku berkenan sangat ngan moto ni.. tp rega dier leh beli viva sebijik!
    ER6n: klu x dpt yg atas, dpt yg ni pon jadik lee.. 650cc tuuu!! berdesupp..
    Ninja 250R Special Edition: koman2 pon aku nak yg ni.. takyah gi amik B full!!