Tuesday, March 13, 2012

kacang BOTOR??!




Baru2 ni ader buat correction utk satu buku yg tgh aku layout. Pastu ternmpk satu kesalahan ejaan pada perkataan Kacang Botol.. editor bulatkan pada hufur "L" utk ditukar ke huruf "R" so, ayat tu akan jd Kacang Botor.

Aik?!! KACANG BOTOR?! betul ker nie.. aku pon search kt net.. Huisshh, botol betul laaa! selama ni aku mati2 ingat nama kacang tu Kacang Botol! 30 tahun lebih hidup aku dok sebut tu kacang botol, time skolah dlu siap tanam kt blakang umah, sbb fevret sgt ulam ni.. padan ler masa tanam dlu tu dok terpikir, apsal laa nama kacang botol.. takde rupa cam botol pon! alih2 bru skang tau nama sebenonye kacang BOTOR @ nama saintifik nye Psophocarpus tetragonolobus?! Alahaiii.. botor laa ekau ni jang!

p/s: Sib baik tak masuk pertandingan "Spell It Right".. klu idak, konpem kalah! hahaha..



Thursday, March 1, 2012

Mengundi itu wajib!!

Hmmm.. Mufti dh cakap mengundi tu wajib, sesapa yg x daftar lg tu, bwk2 le diri ke SPR. Tapi ada gak mufti lain kata merokok tu leh jatuh HARAM, tp tgk org ramai selamber jek hembus asap cam naga! Camner tu? Dan klu ada satu golongan yg taknak jalankan hukum HUDUD, camner plak hukumnye tu? Ishh.. kompius aaa

Thursday, January 19, 2012

Alangkah baiknya ...

Baru2 ni aku terdengo satu segmen dr Ustazah Noor Bahyah kt radio SURIAfm yg aku rasa cam nk share ngan korang. Cenggini citer nyee.. cer citer… cer citer!

Ada sorang lelaki ni yg sedang nazak nk meninggal, sambil dier menyebut:
"Alangkah baiknya kalau SEMUA, Alangkah baiknya kalau BANYAK, Alangkah baiknya kalau BARU."

So.. sahabat pon bertanya pada Nabi SAW, apa yg dimaksudkan oleh lelaki yg nazak tu.
Nabi SAW menerangkan kpd sahabat bahawa Allah SWT telah menunjukkan kpd lelaki tersebut ganjaran atas segala amalannya yg ikhlas kpd Allah disaat kematiannya.

Yg dimaksudkan 'Alangkah baiknya kalau semua' ialah ketika lelaki tadi mahu makan sekeping roti, datang seorang fakir meminta makanan kpd beliau. Lantas lelaki tadi memberikan separuh roti kpd fakir tersebut dengan ikhlas kpd Allah dan disaat kematiannya Allah menunjukkan ganjaran dr separuh roti yg diberikan kpd fakir tadi, dan kerana itulah lelaki tadi menyebut "Alangkah baiknya kalau SEMUA", bermaksud Alangkah baiknya kalau SEMUA roti itu diberikan kpd fakir tersebut!

Yg kedua pula, ketika lelaki tadi berjalan kaki mahu ke masjid, dier ternampak seorang tua jalan terbongkok2. lalu lelaki tadi memimpin tangan orang tua itu menuju ke masjid lalu mengajak orang tua itu berjemaah bersama. Tapi orang tua tadi mengatakan bahawa dier bukanlah Islam. Lalu lelaki tadi terus saja masuk ke masjid & menunaikan solat. Disaat kematiannya Allah menunjukkan ganjaran dari perbuatannya membantu org tua tersebut, dan dier mengucapkan Alangkah baiknya kalau BANYAK yg bermaksud Alangkah baiknya kalau lebih banyak tangan yg di'pimpin'.

Yg ketiga, ketika lelaki tadi berjalan2 dibandar, datang seorang lelaki miskin meminta pakaian kepadanya akibat kesejukan. Kebetulan akibat cuaca yg sejuk, lelaki ini memakai 2 lapis pakaian, dia pun membuka pakaian luarnya yg baru dan memberikan pakaian dalamnya yg lama kepada lelaki miskin ini sambil menyarungkan kembali pakaian baru ke tubuhnya. Di saat kematiannye dier mengucapkan Alangkah baiknya kalau baru bermaksud, Alangkah baiknya kalau baju BARU yg diberikan kepada lelaki miskin itu.

Camtulah citernye, agak2 kalau ada tersalah fakta mintak tolong perbetulkan lee, maklum ler dengo radio sambil memandu, xde ler concentrate sgt, tp lebih kurang camni le citernya.

Agak2 korang ader pengalaman tak spt kejadian diatas? sanggupkah korang kalau ader tinggal sekeping note RM50.00 dlm wallet dan itulah satu2nya duit yg tinggal padahal baru 15hb, dan kemudian datang sorang peminta sedekah kpd korang.. sanggup korang bagi RM50 tu?? "ataupun korang cakap kt peminta sedekah tu, saya nk kasi RM10 jek, awak pulangkan belen lagik RM40 bleh?!"  Hmmmm.. renung2kan dan selamat beramalllll.













TBS

Perhh.. baru selesai layout 1st galei buku.. tgh tunggu bahan dr majalah plak utk masuk. Sementara tu baik aku update sket blog ni, ni nak citer pasal TBS... Korang penah gi TBS?.. TBS?!! pe tu?..
Alaa.. Terminal Bersepadu Selatan (TBS). kalu korang penyokong sistem pengangkutan awam dan kebetulan nk menuju ke selatan, sure ler korang tau terminal ni. Satu ler aku nk puji, Terminal bas nie punya level dh macam airport tuu, dok kt dlm tu rasa macam bukan kt Malaysia jekk (mana aku tau cam bukan kt Mesia.. kuar dr Mesia pon tak penah.. ahaks!) 

Haaa.. sbb aku tak penah kuar Mesia laa, aku ckp ni.. sbb selama aku hidup, tak penah ler rasa kawasan pengangkutan awam yg seSELESA & seCANGGIH ni. So.. aku harap semua fasiliti & prasarana di negara ni secanggih & selesa spt yg ada di TBS ni, baru laa rasa hidup di era millennium, ini idok.. rasa cam hidup dlm tahun 80an jekk. beza dier, keta yg terlalu byk kt jalanraya & ada TV LCD kt umah 2-3 biji!! ahaks


ada screen menunjukkan waktu keberangkatan perginya bas ke destinasi.


eskalator menuju ke ruang menunggu bas.

kerusi2 di ruang menunggu bas.

sebahagian kawasan di tingkat atas menempatkan tpt membeli tiket & kedai2, shoot gambo sket je kt sini sbb ada polis merata kt floor atas ni, kang dorang tgk aku dok amik gambo jek, dorang saspek aku spy CIA plak.. hehe

Jambatan yg menghubungkan tpt parkir kereta & terminal.

Permandangan di sekitar terminal.

Friday, January 13, 2012

gua bz ni beb!!


Giler lama tak blogging! biler sign-in balik.. aik! apsal lain macam jek interface dier. Sib baik laa aku jenis tak buta IT sgt.. hehe, dengan pantas leh adapt ngan interface baru ni. Tapi pepe pon rasenye masa2 akan dtg akan mengalami kebizian yg agak panjang, memandangkan Pesta Buku Antarabangsa dh semakin dekat, so.. bab2 berblogging ni terpaksa dilupakan sekejab. Lagipon aku bukan ler jenis blogger tegar, ni pon saje update entry, kang lama tak apdet kena suspended acc. plak.