Selepas event pegang-memegang anjing tu.. lepas ni bleh buat event yg ni plak. Sebab sama jek status dier (najis).. cuma event yg ni senang sket tak payah samak pon. Amacam... ada bran?!
Tuesday, October 21, 2014
I WANT TO TOUCH A POOP!
Selepas event pegang-memegang anjing tu.. lepas ni bleh buat event yg ni plak. Sebab sama jek status dier (najis).. cuma event yg ni senang sket tak payah samak pon. Amacam... ada bran?!
Wednesday, June 1, 2011
kenaikan… kenaikan… kenaikan!!
p/s: pasni nie gi keje pakai baju kedut2 & terlebih wangian sbb jarang basuh baju, calit minyak attar jek.. nak save nye pasal.. hahah!
Monday, May 23, 2011
UPDATED ttg isu DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Ok laa tu, SR pon dh kasik confirmation yg semua produk dier halal, so.. bleh ler makan tanpa was-was!
notakaki: baru ingat nk minum air tanah dan goyang2 ala joget Hawai utk samak perut.. ahaks!
Secret Recipe MalaysiaMaklum-balas terhadap Artikel Blog di Harian Hullahup dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

info thanks to: Azli Rimon
DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Perhh.. nampok sedapkan kek2 yg kt atas tu? korang penah makan ke kek2 tu?
baru2 ni aku dpt ler dr emel laa, FB laa pasal ader DNA BABI dlm pembuatan produk kt Secret Recipe (SR) ni. Aku ni bukan le selalu sgt makan kt kedai2 camni, cuma sbb aritu baruuuu jek makan kt sini, tu rasa terkilan sgt tu! Walaupon ader satu atau dua jek produk yg kena efek babi tu, korang tergamak ke nk makan lg kt kedai ni pasnie?!.. tu ler persoalannya, sama macam korang order SEAFOOD Tomyam kt kedai Bak Kut Teh laaa... ada berani?!
ni aku pastekan entry dr PPIM:
DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo
Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!
kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!
Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Syarikat tersebut adalah:
Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )
8. | TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS -PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. | 30/11/2011 | |
9. | TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS -PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. | 30/11/2011 |
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
Wednesday, April 13, 2011
Anak suka menipu: Cara Penyelesaiannya.
Bendung Sikap Anak Suka Menipu
Ibu bapa, rakan dan persekitaran dorong kanak-kanak berbohong
Oleh: Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my)
WALAUPUN anda biasa bertemu dengan kanak-kanak yang suka menipu, tetapi kecenderungan itu sebenarnya tidak normal. Ia sikap yang tidak baik dan jika dibiarkan boleh terbawa-bawa hingga dewasa.Ada banyak perkara menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, dia melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa. Justeru, bagi mengelak dimarahi, kanak-kanak lebih rela menipu. Kanak-kanak membentuk sikap dan peribadinya menerusi pemerhatian. Kadangkala kanak-kanak menipu kerana pengaruh kawasan atau suasana dia dibesarkan.
Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Md Noor, berkata sikap ibu bapa yang banyak memberi jawapan ‘tidak’ kepada setiap permintaan anak tanpa memberi alasan logik menyebabkan kanak-kanak suka menipu.“Mungkin mereka tidak faham mengapa ibu bapa menolak permintaan mereka. Justeru, mereka lebih teruja untuk terus melakukan perkara yang dilarang,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kadangkala ibu bapa memberi alasan yang mudah, misalnya jangan makan ais krim nanti demam. Jawapan itu terlalu mudah dan tidak jelas.“Mungkin ibu bapa boleh kata, tidak boleh makan ais krim kerana proses membuatnya kotor atau tidak menggunakan air yang dimasak,” katanya.Dr Mariani berkata, setiap alasan itu mesti rasional dan berdasarkan kefahaman kanak-kanak selain keupayaan dia berfikir. Jangan memberi alasan yang dia tidak faham.
Selain itu, arahan ibu bapa yang tidak konsisten juga menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, ibu bapa melarang dia merokok atau menonton televisyen hingga larut malam, sebaliknya ibu bapa pula yang merokok. Dalam konteks ini anak mudah keliru.Dr Mariani berkata, anak juga memerhati sikap adik beradik yang lebih tua. Mungkin abang dan kakaknya dapat mencapai sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa. Jadi dia pun turut terpengaruh.Contoh mudah, ibu bapa mungkin tidak membenarkan anak bermain di jalan raya tetapi apabila ibu bapa keluar bekerja, mereka bermain juga di jalan raya.
“Pada kanak-kanak, menipu bukan sesuatu yang salah, sebaliknya mereka merasakan ia sebagai cara untuk memenuhi keinginan,” katanya.Dr Mariani berkata, selain suasana di rumah, persekitaran di sekolah juga menggalakkan kanak-kanak menipu kerana terikut-ikut dengan kawan.
“Kanak-kanak belajar daripada proses peniruan. Mereka memiliki ‘absorb mind’, apa yang dilihatnya waktu kecil dan sepanjang proses pembesarannya. Ada sebahagian memori itu kekal dalam ingatannya untuk tempoh panjang. Pada waktu dan konteks yang sesuai, kanak-kanak akan menggunakannya,” katanya.
Beliau berkata, menipu harus dibezakan dengan berdalih. Berdalih atau beralasan selalunya membabitkan perkara yang munasabah dan boleh diterima akal. Bagaimanapun, menipu bermaksud mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.
“Sebagai ibu bapa, anda perlu dekati dan kenal pasti punca anak suka berbohong. Bagaimanapun, jangan dekati anak dengan cara yang keras jauh sekali mengugut.Mungkin anda terlalu marah dan menengking anak anda. Beri tahu mama kenapa abang tipu? Anak tidak akan memberitahu anda apa-apa. Bila anda ugut, cakap cepat kalau tidak ayah rotan, anak langsung tidak akan memberitahu anda apa-apapun,” katanya.
Justeru, Dr Mariani berkata, dekati anak dengan lembut dan cuba cungkil rahsianya dengan cara bercerita mengapa dia menipu.
“Kanak-kanak suka bercerita. Melalui cerita dia mudah meluahkan perasaannya. Dalam konteks ini, ibu bapa sepatutnya bersikap ‘autoritatif’ bukan ‘autoritarian,’,” katanya.
Bagaimanapun, jika sikap anak yang suka menipu itu terbawa-bawa hingga awal remaja dan keterlaluan, dia perlu dirujuk kepada kaunselor.“Ibu bapa perlu peka pada perubahan anak. Jangan hanya memberi keperluan material saja sebaliknya psikologi dan sikap ambil tahu amat penting. Sikap suka menipu mesti dibendung kerana jika tidak ditegur kanak-kanak akan berasa dia betul,” katanya.
Katanya, secara umum, kanak-kanak mula menipu apabila usianya menjangkau lima tahun. Ketika itu, dia sudah boleh berfikir secara simbolik dan logik. Kadangkala ada juga kanak-kanak menipu apabila mula bersekolah dan bergaul dengan rakan sebaya.
Dr Mariani berkata, proses perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Daripada kosong hingga dua tahun (zaman awal kanak-kanak), dua hingga enam tahun (zaman kanak-kanak pertengahan) dan daripada enam hingga 11 tahun (zaman kanak-kanak akhir).Pada setiap peringkat usia, banyak pengalaman dan pemerhatian yang dikutip dan disimpan. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka banyak belajar daripada pemerhatian dan mula berinisiatif sendiri.Pada zaman kanak-kanak pertengahan, mereka mula menunjukkan sikap suka bersaing antara rakan sebaya dan selalu mahu menang. Justeru, jika kalah, dia mula berasa rendah diri dan akan berbuat sesuatu yang lebih baik untuk menang sekali gus mungkin menipu.
Sebagai contoh mungkin anda pernah mendengar perbualan kanak-kanak yang membanding-bandingkan siapa lebih hebat.
“Misalnya, saya ada banyak kereta mainan. Dibalas pula oleh kawannya saya lagi banyak. Bagaimanapun, kadangkala anak itu tiada kereta mainan pun.
“Ibu bapa mungkin hanya kenal anaknya sebagai anak tetapi tidak mengenalinya sebagai rakan atau remaja. Justeru, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai perkembangan anak. Jika anak suka menipu tanya diri sendiri di mana silapnya didikan yang diberikan. Mungkin ibu bapa terlalu garang atau terlalu berlembut.
“Atau jika bukan ibu bapa puncanya, ambil tahu kawan-kawannya. Mungkin pergaulan dengan kawan-kawan seusia yang membuat dia menipu,” katanya.
Dr Mariani berkata, ibu bapa boleh mengetahui sama ada anak menipu tidak menerusi gerak gerinya. Apabila menipu, sikapnya akan berubah. Misalnya, dia kerap meminta wang membeli alat tulis tetapi alat tulisnya sentiasa ada dan anda membeli stok yang banyak.
FAKTA: Mengenai Menipu
- Kanak-kanak kecil tidak faham apa itu menipu.
- Apabila mula bersekolah, mereka mula memahami konsep betul dan salah atau adil.
- Kanak-kanak menipu kerana mahu sentiasa menang.
- Selalunya apabila semakin dewasa, dia akan meninggalkan tabiat menipu.
Mengapa kanak-kanak menipu?
Mengapa kemenangan sentiasa penting pada kanak-kanak?
Apa yang ibu bapa boleh buat jika anak menipu
Saturday, March 12, 2011
Jepun dilanda Tsunami !!!
TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. (berita lanjut sila klik sini)
Aku tak kisah laa nak ranap kee nak terbalik kee... tapi apa yg penting skang nie.. adakah siri Naruto akan keudara seperti biasa setiap minggu?! Ohh TidakkkKKkkk !!!