Wednesday, July 20, 2011

Cuti-cuti Mesia lagik @ Glory Beach Resort

9 Julai aritu aku gi bercuti ke PD (sempena nak lari dr kekecohan BERSIH), kali ni kat Glory Beach Resort plak.. actually, pantai kt PD ni xde ler best sgt, disebabkan dekat ngan KL, so.. pegi situ gak ler sambil buat reunion ngan member2 lama. lagipon bukan nak mandi laut beria pon.. anak2 lagik suka mandi kat swimming pool. Kat sini aku sewa apartment individu punyer, maksudnye bukan direct ngan Glory Beach Management laa, so.. harga pon leh laa runding2 sket..

ada mini zoo.. ader beberapa ekor rabbit, kura-kura & 3-4 ekor giant fish (Arapaima), klu korang penah gi Aquaria keee, Underwater World kee sure penah nmpk laa ikan gergasi ni.

kawasan antara swimming pool ngan laut, tp laut kat Glory Beach ni cam x baper sesuai nk mandi manda, sbb kawasan pantai dier kecik jek & airnye pon kotor dan berminyak, maklum lee dekat ngan pelantar.

view laut dr balkoni, leh nmpk 2-3 biji pelantar minyak dr sini

awal2 sampai selepas check-in.... kosong jek lagikk

10 minit selepas itu... perhhh! penuh beb!


sewa apartment 3 bilik, 2 bilik master dan 1 bilik yg x baper nk master.. kire Degree le kot, sbb bilik kecik ngam2 muat 2 org tido , tu pon dier kasik tilam jek.

budak2 ni mandi non-stop, sampai kecut2 tangan

ada tempat pembiakan penyu, cukup masa & musim dorang akan lepaskan ke laut balik between Feb -Jun

petang tu kuar sat gi ke laut, actually aku yg nk lepas gian mandi.. kt kolam hotel ramai sgt orang, takleh buat kuak lentang!



malam tu ader pertunjukkan sembur-sembur api.. gambo agak blur, maklum ler guna camera henpon jek, tu pon amik dr balkoni, maleh nk turun bawah.

esoknya jalan-jalan ke bandar PD, main boling & men'sumbang'kan lagu kt karaoke and then carik makan tengahari utk tapau ke hotel. makanan kt PD leh tahan ler murahnye, tp gambo x sempat amik, sbb khusyuk melahap kari kambing, gulai pisang, ikan pari bakor, ayam kurma, sambal belacan beserta ulam-ulaman... :P~

disebabkan sewa apartment individu, so... leh check-out lewat sket, dlm kol 3.30pm bru kuar.. pastu member kata apartment bank ader kosong petang tu.. kitorang pon transit plak kt hotel satu lagik kt Tanjung Tuan. kat sini aktiviti terjun tiruk jer laaa. kolam pon clear sbb sumer org dh check-out. yeehaaa!!

No comments:

Post a Comment

orang membebel...