Friday, February 25, 2011

BUKU promo: Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama': Inilah Jawapannya


































Sebuah lagik hasil kerja tangan yg nak aku kongsikan kt sini. Buku bertajuk: Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama': Inilah Jawapannya. karangan Ustaz Muhadir. Spt gambo yg aku paste kt atas ni adalah sebahagian drpd proses2 mencari konsep. renyah gak ler nk cari konsep yg sesuai disamping nk memuaskan hati client. pix kt bawah ni plak final produk dier. sesapa yg nk cari buku ttg persoalan khilafiyyah, boleh dptkan buku ni. harga RM150 (900++ pages). so.. nxt projek aku, tgh layout buku Warisan Pedang Rasulullah SAW. buku yg menarik gak, buku informatif bergambar + full kaler lagik ttg pedang2 & kelengkapan perang Rasulullah SAW ketika mempertahankan Islam drpd orang2 kafir. once buku ni siap print, akan aku post lam ni. so... tunguuuu!!


Di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qur’an, hadith, mahupun sumber-sumber istinbath yang lain.

No comments:

Post a Comment

orang membebel...