Tuesday, August 31, 2010

Buku PROMO: Doa-doa harian Rasulullah SAW

Dah lama tak post cover buku baru.. maklum ler sibuk sket ngan majalah, tak sempat nk update pasal buku. Ni buku terbitan Mawleed Publishing. Buku yg menghimpunkan byk doa-doa dan amat sesuai utk kita semua, kerana doa itukan perisai bagi orang mukmin.. so, dapatkan buku ni segera.

Buku doa ni jenuh gak nk dptkan konsep dier, ader few siri, tp aku post satu dlu, sbb yg lain tu tak pasti dh print-out ke lom.. sb bru dpt satu jek complimentary copy, nti klu dpt yg lain aku post lagik.

Buku ini mengandungi doa-doa harian yang diamalkan oleh Nabi SAW yang tercinta di dalam kehidupan 24 jam seharian Baginda. Doa-doa yang terdapat di dalam kitab kecil ini merupakan doa yang mustajab lagi baik diamalkan oleh setiap umat Islam. Ini kerana Rasulullah SAW tidak meninggalkan doa-doa ini yang sentiasa diucapkan oleh Baginda pada waktu pagi, petang dan malam.

Daripada Abdullah ibn Busr berkata, “Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya, aku mengetahui banyak perkara mengenai syariat Islam, namun begitu beritahukanlah kepadaku tentang sesuatu yang dapat aku berpegang teguh padanya. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah lisanmu selalu basah dengan berzikir kepada Allah”.
Harga buku RM15.00

No comments:

Post a Comment

orang membebel...