Thursday, July 15, 2010

Buku PROMO: Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman

Disamping buat buku2 keluaran GISB, aku ader gak buat utk client luar. Biasanya client yg slalu buat buku kat opis ni adalah Mawleed Publishing. Ini salah satu lagi cover yg dapat aku hasilkan serta sikit info pasal buku ni…

Buku ini sebagai panduan ilmu bagi sesiapa yang ingin
menziarahi Kekasih Allah.

Ibnu Hibban rha meriwayatkan dalam Sohihnya, bahawa Ibnu Abbas rha berkata: “Ketika Rasulullah SAW berada di Madinah, tiba-tiba Baginda SAW bersabda, “Allahu Akhbar! Telah tiba pertolongan Allah, telah tiba kemenangan, dan telah tiba penduduk Yaman. Hati mereka bersih dan watak mereka lembut. Iman ada di Yaman, Fiqh ada di Yaman, dan hikmah ada di Yaman”.


Ulama’-ulama’ dan para kekasih Allah yang terdapat di Hadhramaut, Yaman amat masyhur, terkenal dan ribuan ramainya. Kebanyakannya, jalur nasab mereka berasal dari keturunan Rasulullah SAW yang suci bersih. Seruan dakwah mereka yang tidak pernah putus ini bertebaran sehingga sampai ke segenap penjuru negeri dan di seluruh pelusuk dunia.

Antara ulama’-ulama’ yang sering diziarahi di Hadhramaut ini adalah Imam Ahmad al Muhajir ibn Isa rha, Imam al Faqih al Muqaddam Muhammad Ali rha, Habib Abdullah ibn ‘Alawi al Haddad rha, Syeikh Sayyid Abdur Rahman al Saqqaf rha, Habib Ali al Habsyi rha dan serta keturunan mereka.

No comments:

Post a Comment

orang membebel...