Monday, July 12, 2010

Buku PROMO: 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyah

ni antara cover buku yg terhasil dari 'air tangan' aku... … air tangan kee??

ye laaa… berpeluh tangan beb, pegang mouse ngan kebod.. air tangan le tuu.. ahaks!

pepe pon, aku rasa content buku ni agak heavy sket… agak jek, walaupun dpt complimentary copy tapi tak sempat nak baca lagi… bukan tanak baca.. tapi tak sempat [ceh.. alasan!] hehe.

ni serba sikit info buku :
Penulis: Muhadir Hj. Joll [Pensyarah UIA] • Harga: RM30.00 •Terbitan: Mawleed Publishing.

Mengapa Anda Mesti Membaca Buku Ini? Ini kerana di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggung jawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qur’an, hadith, maupun sumber-sumber istinbath yang lain.

MEMAHAMI MAKNA BID’AH • MAKNA AT TARK DAN PERBAHASANNYA • MAFHUM DAN BENTUK IBADAH • KEDUDUKAN HADITH DHA’IF • MAKNA IKHTILAF • MENGHORMATI PENDAPAT ULAMA‘

No comments:

Post a Comment

orang membebel...