Monday, February 9, 2009

penumbral eclipse

KUALA LUMPUR: Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

"Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi.

"Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi," menurut kenyataan itu. ~ Dipetik dr Berita Harian Online ~

Al-kisahnye, aku pun tunggu ler malam ni, maner ler tau kot leh dapat tengok gerhana bulan separa ni.. tapi tunggu punya tunggu... sampai ler kol 11.30pm, nampak bulan mengambang jekk.. takde pulak gerhana separanye ataupun gerhana tu xleh dilihat ngan mata kasar kot!, tak pasti ler plak aku! aku try ler nak tengok live webcast kt web planaterium negara, tapi xleh masuk ler plak, maybe terlalu ramai sgt org nk masuk, so.. web tu 'jem' kot!! tapi aku sempat ler snap beberapa keping gambo bulan mengambang waktu aku bertenggek kt bumbung rumah nak tunggu penumbral eclipse ler kononnyeee...





1 comment:

  1. seb baik tak nampak nenek kebayan terbang naik penyapu lintas kot bulan tu...

    ReplyDelete

orang membebel...