Thursday, January 19, 2012

Alangkah baiknya ...

Baru2 ni aku terdengo satu segmen dr Ustazah Noor Bahyah kt radio SURIAfm yg aku rasa cam nk share ngan korang. Cenggini citer nyee.. cer citer… cer citer!

Ada sorang lelaki ni yg sedang nazak nk meninggal, sambil dier menyebut:
"Alangkah baiknya kalau SEMUA, Alangkah baiknya kalau BANYAK, Alangkah baiknya kalau BARU."

So.. sahabat pon bertanya pada Nabi SAW, apa yg dimaksudkan oleh lelaki yg nazak tu.
Nabi SAW menerangkan kpd sahabat bahawa Allah SWT telah menunjukkan kpd lelaki tersebut ganjaran atas segala amalannya yg ikhlas kpd Allah disaat kematiannya.

Yg dimaksudkan 'Alangkah baiknya kalau semua' ialah ketika lelaki tadi mahu makan sekeping roti, datang seorang fakir meminta makanan kpd beliau. Lantas lelaki tadi memberikan separuh roti kpd fakir tersebut dengan ikhlas kpd Allah dan disaat kematiannya Allah menunjukkan ganjaran dr separuh roti yg diberikan kpd fakir tadi, dan kerana itulah lelaki tadi menyebut "Alangkah baiknya kalau SEMUA", bermaksud Alangkah baiknya kalau SEMUA roti itu diberikan kpd fakir tersebut!

Yg kedua pula, ketika lelaki tadi berjalan kaki mahu ke masjid, dier ternampak seorang tua jalan terbongkok2. lalu lelaki tadi memimpin tangan orang tua itu menuju ke masjid lalu mengajak orang tua itu berjemaah bersama. Tapi orang tua tadi mengatakan bahawa dier bukanlah Islam. Lalu lelaki tadi terus saja masuk ke masjid & menunaikan solat. Disaat kematiannya Allah menunjukkan ganjaran dari perbuatannya membantu org tua tersebut, dan dier mengucapkan Alangkah baiknya kalau BANYAK yg bermaksud Alangkah baiknya kalau lebih banyak tangan yg di'pimpin'.

Yg ketiga, ketika lelaki tadi berjalan2 dibandar, datang seorang lelaki miskin meminta pakaian kepadanya akibat kesejukan. Kebetulan akibat cuaca yg sejuk, lelaki ini memakai 2 lapis pakaian, dia pun membuka pakaian luarnya yg baru dan memberikan pakaian dalamnya yg lama kepada lelaki miskin ini sambil menyarungkan kembali pakaian baru ke tubuhnya. Di saat kematiannye dier mengucapkan Alangkah baiknya kalau baru bermaksud, Alangkah baiknya kalau baju BARU yg diberikan kepada lelaki miskin itu.

Camtulah citernye, agak2 kalau ada tersalah fakta mintak tolong perbetulkan lee, maklum ler dengo radio sambil memandu, xde ler concentrate sgt, tp lebih kurang camni le citernya.

Agak2 korang ader pengalaman tak spt kejadian diatas? sanggupkah korang kalau ader tinggal sekeping note RM50.00 dlm wallet dan itulah satu2nya duit yg tinggal padahal baru 15hb, dan kemudian datang sorang peminta sedekah kpd korang.. sanggup korang bagi RM50 tu?? "ataupun korang cakap kt peminta sedekah tu, saya nk kasi RM10 jek, awak pulangkan belen lagik RM40 bleh?!"  Hmmmm.. renung2kan dan selamat beramalllll.













2 comments:

  1. memang sepatutnya mcm tu. tapi... err.. arghhh susahnya nak ikhlas dengan semua harta yg ada.

    ReplyDelete
  2. Mohd Zulkifley IsmailJanuary 20, 2012 at 5:13 PM

    Salam Poj Hamid,

    Anyway baguslah info ni...nanti boleh sharing ye... :-)

    BTW kami dah follow blog Poj Hamid, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. ;-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete

orang membebel...