Showing posts with label kerja punya hal. Show all posts
Showing posts with label kerja punya hal. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

10 SEBAB KENAPA AKU MENYESAL BELAJAR GRAPHIC DESIGN

10 tahun dalam dunia Graphic Design, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu graphic, layout, advertising, interactive, illustration, photoshop, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri graphic tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Massimo Vignelli, Andy Warhol, Wim Crouwel dan Erik Spiekermann.

Pengalaman mengajar aku pahit manis industri Graphic Design, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 80an dan awal 90an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai graphic designer di salah sebuah syarikat design kecil di sekitar Kelana Jaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.

3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.

Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.

Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance designer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)
Keadaan ini telah menyebabkan industri graphic design negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat logo company, offer aku RM50. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja designer kerja mudah.
Anda semua ingat senang ke nak edit-edit imej? Atau susun typeface? Untuk menyiapkan satu layout yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses sketching dan brainstorming. Bagi mereka mudah sahaja, “edit-edit gambar je.” “ala, kerja korang lukis-lukis je, senang la.” “susun-susun gambar ngan text aku pun boleh, pakai words je.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Fine Art lagi masyuk dari graphic design.
Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan rakan-rakan seperjuangan, menempa nama dalam industri seni halus negara kita. Seorang demi seorang muncul dalam exhibition-exhibition artis muda, interview, masuk paper dan TV. Ex student graphic design? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, join industri F&B pun ada. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.
Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri graphic design. Aku pernah jumpa advertising jual DVD tutorial photoshop, produk tempatan, dimana nilai sekeping DVD tutorial hanya sekitar puluhan ringgit.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia graphic design, dan mengambil masa hampir sepuluh tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat graphic design.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun design ni?”
Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”
Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international design. Untuk bersaing dengan industri graphic design dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Orang kita terlalu sensitif.
Masih ingat iklan raya ala-ala santa claus yang pernah disiar di TV3 sekejap, sebelum kena ban? Iklan pakcik naik beca terbang, bawak budak-budak pusing-pusing satu Malaysia.

Pada pendapat aku, takde pun benda-benda yang boleh merosakkan atau memesongkan akidah umat Islam dalam video tu. Apa yang bertentang dengan agama? Pakcik tu kutuk Tuhan ke? Kutuk Islam? Kutuk nabi? Dia tak pakai pun suit santa claus, ada usung salib ke?

Nampak tak mentaliti orang kita? Cepat gelabah, lebih-lebih lagi hal agama. Kalau kita tengok iklan tu betul-betul, memang kuat mesej 1Malaysia yang cuba ditonjolkan. Point utama aku disini, orang kita masih di belakang, semua benda boleh dipolitikkan, sengaja untuk bersikap over sensitif, dan cenderung melihat perkara yang negatif dalam sesuatu mesej. Benci, benci (sambil ketuk meja dengan suara manja).


Penulis kali ini ialah Mohd Rizal Ramli. Seorang pemikir yang jauh ke depan, hustler, indie film-maker dan orang paling tabah kami pernah jumpa. Ketika artikel ini selesai ditulis, surat peletakan jawatan beliau masih lagi panas di meja bos. Never give up to chase your dream, brother. Dah halfway dah pun. 




cenohot: "pffttt.... aku pon terpikir bende yg sama!!" 


Friday, August 31, 2012

syyhh..

giler lama tak hapdet!

tgh bertapa... ok BYE!


Tuesday, July 17, 2012

Nak kena tacap gak kee??

Lama giler tak updet blog.. takde bahan laa nk di'bahan'kan! ni nk citer mende baik2 sket laa, maklum laa.. dh dekat nk pose, tak baik nk ngumpat2.. ahaks!

nk citer pasal keroje ler plak.. baru2 ni baru jek abis deadline utk majalah. perhh.. mmg mantop mengejar deadline nye, tp takde smpi kena OT berhari2, still under control laa bak kata org kampong. Ni pasal tacap gambo, aritu dpt ler gambo utk cover majalah ANIS ni.. sekalik tengok, aiseyman.. rabak beb! lighthing out.. makeup out.. hancuss! mmg nk kena tacap byk ler gambo ni. Aku ni pon bukannya expert sgt bab tacap-menacap ni.. dlm ati kata abis laa cover bln ni.

Tp walau camner pong, mmg nk kena tacap ler gak gambo tu, sbb klu ikutkan ati nk jek suh shoot balik, tapi kenyataannye perkara itu tak mungkin berlaku.. huhu! dengan sibuk ngan nak siapkan majalah Q&A nyer lagik, nk buat cover ASUH ler plak.. dengan ati yg sabar lagi tawaduk, aku buat ler gak tugas menacap gambo tu. dan hasilnye seperti  dibawah:


ermm.. tade ler beza sgt pon tacapnye, takat up brightness sket, naik kaler sket.. hmmm, korang pon leh buat dak?! tp ni jer ler yg aku termampu nk buat, lagipon buat utk cover majalah, klu tacap utk wedding photography tu lain ler sket.. tp yg tu lagik ler aku tak reti!! Tadaaa.. ni ler rupanye final produk utk majalah ANIS180, akan berada dipasaran tak lama lagik.

 ANIS 180 - Ogos 2012



Tuesday, March 13, 2012

kacang BOTOR??!




Baru2 ni ader buat correction utk satu buku yg tgh aku layout. Pastu ternmpk satu kesalahan ejaan pada perkataan Kacang Botol.. editor bulatkan pada hufur "L" utk ditukar ke huruf "R" so, ayat tu akan jd Kacang Botor.

Aik?!! KACANG BOTOR?! betul ker nie.. aku pon search kt net.. Huisshh, botol betul laaa! selama ni aku mati2 ingat nama kacang tu Kacang Botol! 30 tahun lebih hidup aku dok sebut tu kacang botol, time skolah dlu siap tanam kt blakang umah, sbb fevret sgt ulam ni.. padan ler masa tanam dlu tu dok terpikir, apsal laa nama kacang botol.. takde rupa cam botol pon! alih2 bru skang tau nama sebenonye kacang BOTOR @ nama saintifik nye Psophocarpus tetragonolobus?! Alahaiii.. botor laa ekau ni jang!

p/s: Sib baik tak masuk pertandingan "Spell It Right".. klu idak, konpem kalah! hahaha..



Wednesday, November 16, 2011

Promo: Majalah Q&A

Akhirnya solosai sudah kerja2 penghasilan majalah baru kuaran opis aku ni.. Majalah Q&A. Sampai patah ler kerusi nak menyiapkan majalah ni, sib baik meja tak runtuh!! hehe. Akan berada di pasaran tak lama lagi, insyaAllah. Majalah yg berkonsepkan soal & jawab bagi memudahkan pembaca menghadam segala isi kandungan yg disampaikan oleh penulis2 yg berwibawa. Mengupas isu2 yg serius tapi di persembahkan dlm bentuk yg santai & ringan. Sesuai untuk semua golongan dan boleh dijadikan rujukan utk segala permasalahan semasa.



 
Final product! rega RM10 jek bohh... takan tak mampu kot, komang spana lee!

Team majalah Q&A

Cover Majalah Q&A. Ada efek texturize pada ruang putih pd imej kiri. 
Imej kanan contoh proses penghasilan efek.


Thursday, September 22, 2011

BIZI..

haha.. giler lama x updet blog. skang ni x "berkesempatan" nk berblogging keee updet status fb kee (dok ushar cam gitu2 jer lee). tgh nk propose layout utk majalah baru. Majalah yg berkonsepkan soaljawab agama. kalu dh siap nti, aku cubo post ek.

Friday, May 6, 2011

PROMO: Majalah ANIS isu Jun2011



Pesta Buku Antarabangsa KL baru yoo solosai. Lega le sket flow kerja kt opis ni. Tapi dlm stok editorial tu ader lg buku2 yg nk dikeluarkan, maybe next year jumlah buku baru yg masuk ke PBAKL bertambah kot! tapi akli ni nk promote majalah ler plak, buat tiap2 bulan tp tak penah plak rasenye promote kt blog ni... hehe. Ni majalah ANIS bulan Jun 2011.. dengan bertemakan ttg solat. rasanya bln ni buat cover plg senang kot, tak byk touch-up, maklum ler covergirl org muda, muka pon licinn jek + lighting pon ok, sonang sket kojo den! Majalah boleh didapati di kedai2 buku/majalah berhampiran anda.. atau boleh melanggan di web Galeri Ilmu.

Wednesday, March 23, 2011

Lorem ipsum dolor sit amet...

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

Haaaa... bebudak grafix sure kenal sgt ngan text ni!. Dah lama aku nak tau pe maksud ayat ni & bahasa apa yg digunakan. Dlu ader yg siap kata txt ni di amik dr buku lucah! ceh!!... sesekati jek.. haha! So.. sementara tunggu next buku masuk utk "dikerjakan" aku pon search ler maksud ayat ni. sumber dipetik dr wikipedia & yahoo answer

1.
From what I can tell, it's just filler text. If you've ever used Microsoft Publisher, or something similar, when they're displaying a template for, say, a leaflet, there'll be a textbox somewhere with random text that doesn't really serve any purpose other than for you to see what text there will look like.

2.

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

In publishing and graphic design, lorem ipsum is the name given to commonly used placeholder text (filler text) to demonstrate the graphic elements of a document or visual presentation, such as font, typography, and layout. The lorem ipsum text, which is typically a nonsensical list of semi-Latin words, is a hacked version of a Latin text by Cicero,


info lebih lanjut leh klik web ni:
http://www.lipsum.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/Lorem_ipsum


So.. conclusion nye mmg xde makna lee, sekadar penyedap mata biler buat layout jek kot. sbb kadang biler propose layout nak le taruk txt bagai.. tapi takkan nk kna menaip lg! so.. cara mudah paste jek dummy txt ni, abis citer. tp kekadang ader gak client yg tanye, "Ni bahasa apa ni..? taruk lee text yg boleh dibaca".. ermm, payah gak klu dpt client camni! So.. pasni klu aku tatau nk masuk apa kt blog, aku masuk full text lorem ipsum ni.. OK TAK?!

Friday, February 25, 2011

BUKU promo: Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama': Inilah Jawapannya


































Sebuah lagik hasil kerja tangan yg nak aku kongsikan kt sini. Buku bertajuk: Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama': Inilah Jawapannya. karangan Ustaz Muhadir. Spt gambo yg aku paste kt atas ni adalah sebahagian drpd proses2 mencari konsep. renyah gak ler nk cari konsep yg sesuai disamping nk memuaskan hati client. pix kt bawah ni plak final produk dier. sesapa yg nk cari buku ttg persoalan khilafiyyah, boleh dptkan buku ni. harga RM150 (900++ pages). so.. nxt projek aku, tgh layout buku Warisan Pedang Rasulullah SAW. buku yg menarik gak, buku informatif bergambar + full kaler lagik ttg pedang2 & kelengkapan perang Rasulullah SAW ketika mempertahankan Islam drpd orang2 kafir. once buku ni siap print, akan aku post lam ni. so... tunguuuu!!


Di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qur’an, hadith, mahupun sumber-sumber istinbath yang lain.

Thursday, February 10, 2011

Chakra dah abis ni…!!

Baru jek settle majalah.. masuk plak buku.. ermm, non-stop nampakkk! job Tabung Haji pon x settle lagik, klu final tu nk kena touch-up dekat seribu gambar! mak oiii… nk buat cover buku utk client luar pon ader 2-3 bijik gak ni.. adusss, rasa cam nk CUTI aaa. lepaks2 di pasir & pantai or buat terjun tiruk & kuak lentang kt swimming pool hotel pon nyaman gak!! nak kena kumpul chakra balik ni, aritu punya chakra byk abis masa buat majalah yg gilernyee rushing! kalu xde chakra camner nk buat jutsu Sharingan!! Arrghhh...

Friday, December 10, 2010

BUKU promo: Cebisan Hati Manusia

Buku terbaru karangan Ibnu Ir. Fadzil. Harga RM18.00.

info:
Setiap manusia mempunyai hati tetapi sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri. Maka sedikit pula yang tahu untuk mengubati hatinya sendiri dan ramai yang tidak tahu.

Ramai yang tidak menyedari bahawa makhluk yang bernama hati inilah yang menghala tubuh manusia samada ke syurga ataupun neraka. Ia jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas atau riak semata-mata.

Setiap manusia mempunyai hati yang memandu mereka menuju ke arah dua lorong, sama ada baik, mahupun buruk. Apabila kita berfikir tentang diri kita sendiri, kita akan dapati bahawa di satu ketika, kita berkeinginan untuk melakukan kebaikan, dan satu ketika yang lain, adalah sebaliknya.


Sudah pasti, itulah peranan hati yang menjadi pemandu untuk diri seseorang tersebut. Oleh itu, bagaimanakah ingin menjadikan hati anda umpama seorang pemandu yang berhemat? Penulisan ringkas ini menceritakan segala-galanya.

Tuesday, October 5, 2010

Maher Zain

waktu sesi photoshoot bersama Maher Zain, sempat ler gak amik sekeping dua gambo bersama ngan Maher Zain ni..

Maher Zain akan adakan konsert Save The Soul pd 14 - 15 Oct ni kt MBSA Auditorium S.Alam - 8.00pm. Aku rekeman korang gi ler konsert ni, lagu2 dier pon sumer best2. Kalu x caya, leh search YouTube (cam videoclip kt bawah ni) & dengo lagu2 dier. Masyuukk beb!!

Friday, September 3, 2010

Buku PROMO: Doa untuk Arwah Ibu Bapa

Satu lagi buku doa terbitan Mawleed Publishing.

Buatlah yang terbaik untuk mereka yang telah menjagamu dengan penuh kasih sayang

Ya Allah! Rahmatilah kedua ibu bapa kami, dan ampunkanlah kesalahan mereka, sayangilah mereka. Redhailah mereka dengan keredhaan yang dengannya Engkau memberikan keredhaan dan keampunan kepada mereka. Engkau tempatkanlah mereka di dalam Negara kemuliaanMu, dan keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang manusia mati, maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara. Sedekah yang mengalir pahalanya, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya”. Harga RM15.00

Tuesday, August 31, 2010

Buku PROMO: Doa-doa harian Rasulullah SAW

Dah lama tak post cover buku baru.. maklum ler sibuk sket ngan majalah, tak sempat nk update pasal buku. Ni buku terbitan Mawleed Publishing. Buku yg menghimpunkan byk doa-doa dan amat sesuai utk kita semua, kerana doa itukan perisai bagi orang mukmin.. so, dapatkan buku ni segera.

Buku doa ni jenuh gak nk dptkan konsep dier, ader few siri, tp aku post satu dlu, sbb yg lain tu tak pasti dh print-out ke lom.. sb bru dpt satu jek complimentary copy, nti klu dpt yg lain aku post lagik.

Buku ini mengandungi doa-doa harian yang diamalkan oleh Nabi SAW yang tercinta di dalam kehidupan 24 jam seharian Baginda. Doa-doa yang terdapat di dalam kitab kecil ini merupakan doa yang mustajab lagi baik diamalkan oleh setiap umat Islam. Ini kerana Rasulullah SAW tidak meninggalkan doa-doa ini yang sentiasa diucapkan oleh Baginda pada waktu pagi, petang dan malam.

Daripada Abdullah ibn Busr berkata, “Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya, aku mengetahui banyak perkara mengenai syariat Islam, namun begitu beritahukanlah kepadaku tentang sesuatu yang dapat aku berpegang teguh padanya. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah lisanmu selalu basah dengan berzikir kepada Allah”.
Harga buku RM15.00