Thursday, July 15, 2010

Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen

Aku baru balik dr main badminton mlm td, sementara nk smpi umah tu aku layan ler radio.. pastu terdengo katanya harga minyak nk naik esok! Cehh.. aku cakap lam ati! "Bio betul!!... Sampai jek umah aku cepat2 online, bukak Berita Online.

DAMN!!! betull!! konpem minyak naik, bukan takat minyak petrol & diesel jek, gula dan gas masak pon naik skalik!

Aku baru jek dengo2 opis nk buat penyelarasan gaji.. tup.. tup, minyak naik plak! macam tau tau jek le gomen ni! baru muka ada sinnyumm.. dah kelat balik! marang perapu kepunden betoi laa... haii leee nasibbb!!

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal. "Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu. Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter. - Sumber Berita Online

1 comment:

  1. Sy tumpang menyumpah sama sbb pg td baru tau ... kalau tau, awal2 lg isi tank keta penuh2, sekurang2nya dpt tahan seminggu ... cisssss2 punya gomen.

    ReplyDelete

orang membebel...